Ex- Company Director Charged Under Companies Act 1965 For Misused of Power and Position Without Approval at General Meeting

KUALA LUMPUR: A former company director was charged at the Sessions Court here today with eight counts of graft under the Companies Act 1965.

In a statement, the Companies Commission of Malaysia (SSM) said the accused, Lau Kok Loon @Lau Say Siok, former director of Semenyih Jaya Sdn Bhd, pleaded not guilty to all charges.

Based on the charge sheet, Lau is said to have used his position as a director to obtain personal benefits, and misused the company’s property by withdrawing money amounting to RM10,000,000 through four checks belonging to Semenyih Jaya Sdn Bhd in the name of the accused, without approval at the general meeting.

He was charged under Sections 132(2)(a) and 132(2)(c) of the Companies Act 1965.

If convicted, Lau could face a maximum five-year jail term or a maximum fine of RM30,000.

Judge Siti Noraidi Sulaiman allowed Lau RM30,000 bail in one surety.

The court also requested the accused to surrender his passport and ordered him to report to a police station on the first day of every month.

Case re-mention was fixed for Jan 27 for the prosecution to submit documents.

Mohd Zulkhairi Kamaruzaman and Nadia Zainal Abidin from the SSM prosecuted, while the accused was represented by counsel Datuk LM Chong from Tetuan Chong & Keng Hoe.

[Source: NST]

Bekas Pengarah Syarikat Dituduh Menyalahgunakan Kedudukan dan Harta Syarikat Tanpa Kelulusan Di Mesyuarat Agung

Kuala Lumpur, 18 Januari 2021: Seorang bekas pengarah syarikat Semenyih Jaya Sdn Bhd (No. Syarikat: 106778-U), Lau Kok Loon @ Lau Say Siok (‘tertuduh’) telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 132(2)(a) dan Seksyen 132(2)(c) Akta Syarikat 1965 yang mana setiap satu pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh lima tahun atau denda sebanyak RM30,000.00 jika sabit kesalahan.


Seksyen 132(2)(a) dan (c) Akta Syarikat 1965 antara lain memperuntukkan adalah menjadi kesalahan sekiranya  seseorang pengarah atau pegawai syarikat menggunakan harta syarikat dan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai syarikat sedemikian, tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung, bagi mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan syarikat itu terjejas. Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan adalah lima tahun penjara atau denda sebanyak RM30,000.00.
Berdasarkan kepada kertas pertuduhan, tertuduh dikatakan telah menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat bagi mendapatkan suatu manfaat bagi dirinya sendiri dan turut menyalahgunakan harta syarikat iaitu dengan mengeluarkan duit berjumlah RM10,000,000 melalui empat keping cek milik syarikat Semenyih Jaya Sdn Bhd di atas nama tertuduh tanpa sebarang kelulusan di mesyuarat agung. Tertuduh telah mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan-pertuduhan dibacakan terhadap beliau.

Puan Hakim Siti Noraida Sulaiman membenarkan jaminan sebanyak RM30,000.00 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan passport antarabangsa beliau diserahkan kepada Mahkamah serta tertuduh turut dikehendaki untuk melaporkan diri di balai polis pada 1 haribulan setiap bulan. Tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan ditetapkan pada 27 Januari 2021.


Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Mohd Zulkhairi Kamaruzaman dan Nadia Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili oleh peguam Dato’ LM Chong dari Tetuan Chong & Keng Hoe.


Pendakwaan ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan boleh diambil ke atas pengarah dan pegawai syarikat sekiranya didapati melakukan perlanggaran terhadap tugas fidusiari sebagai pengarah dan pegawai syarikat. Tindakan perundangan juga akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang di bawah akta-akta yang dikawalselia oleh SSM.

[Source: SSM]

Picture Credit: Freepik.com

*Follow us on: Facebook for updates

*Follow us on: Telegram for Updates on Corporate Advisory, Restructuring & Insolvency

*Follow us on: Telegram for updates on Company Secretary